wangsamaju-map

* Note: Your Email Will be kept Safe and Sound

Updated Info:

1) Outstanding maintenance fee and other outgoings

1) Yuran penyenggaraan dan pembayaran bayaran pasti yang tertunggak

Answer : Compensated with smaller units and deduct from cash entitlement or deduct from the RM5000 moving out compensation.
Jawapan : Diberi pampasan dengan unit yang lebih kecil dan ditolak dari bayaran tunai ataupun ditolak dari kos pemindahan RM5000.

2) Owner not found

2) Pemilik tidak dijumpai

Answer: Developer will deposit the compensation amount with the land office based on market value.
Jawapan: Pemaju akan mendepositkan wang pampasan dengan Pejabat Tanah berdasarkan nilai pasaran.

3) About 1 to 2 units charged to 3 banks simultaneously

3) Terdapat 1 atau 2 unit digadaikan kepada 3 institusi kewangan dalam masa yang sama.

Answer: Will settle with the 1st bank.
Jawapan: Pemaju akan selesaikan hutang kepada institusi kewangan pertama.

4) What about other residents who are unwilling to move.

4) Bagaimana jika terdapat Pemilik lain yang tidak sudi untuk berpindah?

Answer: As long as 75% is agreeable then government will ask that this project to proceed if less than 75% is agreeable then this deal will not proceed.
Jawapan: Sekiranya terdapat 75% yang bersetuju dengan cadangan ini, maka pihak kerajaan akan membenarkan projek ini untuk diteruskan. Sekiranya kurang daripada 75% yang bersetuju, maka projek ini tidak akan dijalankan.

5) 3 to 4 units where registered owner has passed away but the beneficiaries has yet to transfer the legal ownership into their name.

5) Terdapat 3 atau 4 unit di mana Pemilik berdaftar telah meninggal dunia tetapi waris mereka belum lagi memindahkan hak pindahmilik kepada nama mereka.

Answer: Developer will assist in appointing its solicitors to complete the transfer and the cost to be borne by the beneficiaries, failing which, the RM5000 moving out cost will be deducted accordingly.
Jawapan: Pemaju akan membantu untuk melantik peguamcara untuk melengkapkan pindahmilik tersebut dan kos adalah ditanggung oleh waris sendiri, jika tidak kos pemindahan RM5000 akan ditolak dengan sewajarnya.

6) Will Developer subsidize the maintenance fees?

6) Adakah Pemaju akan memberi subsidi untuk yuran penyenggaraan?

Answer: Developer will subsidize 50% of maintenance fees and sinking fund for the for 36 months for the new units in Section 2 Wangsa Maju and Danau Kota provided always, the Existing Owners shall maintain an up to date maintenance fees and sinking fund without any outstanding. The Developer shall at any time stop subsidizing the maintenance fees if the Existing Owners shall have any outstanding maintenance fees.
Jawapan: Pemaju akan memberi subsidi bagi 50% yuran penyenggaraan untuk 36 bulan bagi unit-unit baru di Seksyen 2 Wangsa Maju dan Danau Kota tapi dengan syarat Pemilik sedia ada mengekalkan bayaran yuran penyenggaraan semasa tanpa sebarang bayaran tertunggak. Pihak Pemaju akan berhenti memberi subsidi yuran penyenggaraan sekiranya Pemilik sedia ada mempunyai bayaran tertunggak.

7) What happens if Existing Owner wants cash and not unit replacement?

7) Bagaimana sekiranya Pemilik sedia ada mahukan pampasan wang tunai dan bukan unit penggantian?

Answer: Developer will compensate the Existing Owner RM300,000.00 per unit, should the Existing Owner decides to take cash only provided always all outstanding due from the unit will be first deducted.
Jawapan: Pemaju hanya akan memberi pampasan kepada Pemilik sedia ada RM300,000.00 untuk satu unit, sekiranya Pemilik sedia ada hanya mahu pampasan wang tunai.

8) How much will maintenance fees be for the new units in Section 2 Wangsa Maju and Danau Kota?

8) Berapakah yuran penyenggaraan untuk unit-unit baru di Seksyen 2 Wangsa Maju dan Danau Kota?

Answer: The maintenance fees will be in the region of RM0.15 per sq ft.
Jawapan: Yuran penyenggaraan adalah dalam linkungan RM0.15 setiap kaki persegi.

9) Can the Existing Owners purchase extra car park bays?

9) Bolehkan Pemilik sedia ada membeli ruang tempat letak kereta tambahan?

Answer: Yes, on a first come first serve basis subject to availability, the Existing Owners are allowed to purchase 1 extra car park bay at a special price of RM20,000.00 only. Normal selling price is RM30,000.00.
Jawapan: Ya, untuk sesiapa yang meminta dahulu dan tertakluk kepada samada ruang tempat letak kereta tambahan masih ada atau tidak. Pemilik sedia ada dibenarkan membeli 1 ruang tempat letak kereta tambahan untuk harga istimewa iaitu RM20,000.00 sahaja. Harga biasa adalah RM30,000.00.

10) Will the developer build more landscape and walking paths?

10) Adakah Pemaju akan membina lebih landskap dan laluan pejalan kaki?

Answer: The Developer will comply strictly with the approval requirements by the authority which will impose the requirements for recreation and landscape.
Jawapan: Pemaju akan mematuhi dengan ketat syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk rekreasi dan landskap.

11) Will the Developer subsidize on the stamp duty for the MOT for the new units in Section 2 Wangsa Maju and Danau Kota?

11) Adakah Pemaju akan memberi subsidi untuk bayaran duti setem unti MOT bagi unit-unit baru di Seksyen 2 Wangsa Maju dan Danau Kota?

Answer: The Developer will bear the stamp duty for the new units provided, the Existing Owners has already fully paid for the stamp duty for their existing units. For those, Existing Owners whom have not paid the stamp duty for the transfer of the existing units, the developer will not pay for the stamp duty for the transfer.
Jawapan: Pihak Pemaju akan membayar duti setem untuk unit-unit baru dengan syarat Pemilik sedia ada telahpun membayar sepenuhnya duti setem untuk unit-unit sedia ada mereka. Bagi Pemilik sedia ada yang belum membayar duti setem untuk unit-unit sedia ada, Pemaju tidak akan membayar duti setem untuk pindahmilik tersebut.

12) For the deceased Existing Owners, will the Developer subsidize or pay for the stamp duty for the transfer of ownership?

12) Untuk Pemilik-pemilik sedia ada yang telah meninggal dunia, adakah Pemaju akan memberi subsidi atau membayar untuk duti setem bagi pindahmilik?

Answer: for the deceased Existing Owners the stamp duty paid and the ownership of the existing units successfully transferred to the beneficiaries, then the Developer will also pay for the stamp duty for the transfer of ownership for the new units in Section 2 Wangsa Maju and Danau Kota. As for the deceased Existing Owners whom the stamp duty not paid and the ownership of the existing units not transferred to its beneficiaries, then the Developer will also not pay for stamp duty for the transfer for new units in Section 2 Wangsa Maju and Danau Kota.
Jawapan: Untuk Pemilik-pemilik sedia ada yang telah meninggal dunia tetapi duti setem telah dibayar dan pindahmilik untuk unit-unit sedia telahpun dilaksanakan, maka Pemaju akan membayar untuk duti setem dan pindahmilik untuk unit-unit baru di Seksyen 2 Wangsa Maju dan Danau Kota. Namun, untuk Pemilik-pemilik sedia ada yang telah meninggal dunia dan duti setem serta pindahmilik untuk unit-unit sedia ada belum dilaksanakan kepada waris mereka, maka Pemaju tidak akan membayar duti setem untuk pindahmilik bagi Seksyen 2 Wangsa Maju dan Danau Kota.

13) For Existing Owners who are investors and have chosen Section 2 Wangsa Maju as its compensated unit and do not wish to take up free temporary accommodation provided by the Developer in Danau Kota pending completion of the Section 2 Wangsa Maju compensated unit, what can they be compensated with by Developer?

13) Untuk Pemilik sedia ada yang merupakan pelabur dan telah memilih Seksyen 2 Wangsa Maju sebagai unit pampasan dan tidak mahu menerima tempat penginapan sementara untuk 36 bulan yang disediakan oleh Pemaju di Danau Kota, bagaimanakan mereka boleh menerima pampasan oleh Pemaju?

Answer: Developer will compensate the Existing Owners the monthly rental as per the followings pending the completion of their compensated unit in Section 2 Wangsa Maju:
i). 2 rooms unit on the Land shall be compensated RM1000 per month
ii). 3 rooms unit on the Land shall be compensated RM1200 per month
Jawapan: Pemaju akan memberi pampasan kepada Pemilik sedia ada bayaran sewa bulanan seperti berikut sehingga pembinaan disiapkan untuk unit pampasan mereka di Seksyen 2 Wangsa Maju:
i). Untuk unit 2 bilik di atas Tanah akan diberi pampasan RM1000 sebulan.
ii). Untuk unit 3 bilik di atas Tanah akan diberi pampasan RM1200 sebulan.

14) Can the Existing Owners upgrade their compensated unit(s) at Section 2 Wangsa Maju and/or Danau Kota?

14) Bolehkan Pemilik sedia ada menaiktaraf unit pampasan mereka di Seksyen 2 Wangsa Maju dan/atau Danau Kota?

Answer: Yes, but subject to the Existing Owners paying the difference based on market value.
Jawapan: Boleh, tetapi adalah tertakluk kepada Pemilik sedia ada membayar jumlah perbezaan berdasarkan nilai pasaran.

15) For the new project in Section 2 Wnagsa Maju and Danau Kota, how many units per floor and how units of lift servicing per block?

15) Terdapat berapa unit dalam satu tingkat dan berapa lif yang diperuntukkan untuk satu blok?

Answer: there are approximately 8 units of condos per floor with approximately 3 units of lift; or
If approximately 10 units of condos per floor there will be approximately 4 units of lift per block.
Jawapan: Terdapat lebih kurang 8 unit pangsapuri dalam satu tingkat dengan lebih kurang 3 lif setiap blok; sekiranya terdapat lebih kurang 10 unit pangsapuri dalam satu tingkat maka akan ada lebih kurang 4 lif setiap blok.

16) Any preferences granted to the Existing Owners at Ground floor and Level 1 of the unit(s) on the Land?

16) Adakah Pemilik sedia ada di Tingkat bawah dan Tingkat 1 bagi unit-unit sedia ada di atas Tanah diberi hak untuk memilih unit-unit baru dahulu?

Answer: First 4 levels from bottom up and highest 4 levels from top will be reserved to the Existing Owners at Ground floor and Level 1 of the unit(s) on the Land on first come first served basis subject to availability.
Jawapan: 4 tingkat tertinggi dan 4 tingkat terbawah akan disimpan untuk Pemilik sedia ada di Tingkat bawah dan Tingkat 1 di atas Tanah tetapi adalah tertakluk kepada sesiapa yang meminta dahulu dan samada unit pilihan mereka masih ada atau tidak.

17) Are the compensated unit(s) in Section 2 Wangsa Maju and Danau Kota furnished?

17) Adakah unit pampasan di Seksyen 2 Wangsa Maju dan Danau Kota berkelengkapan dengan perabot atau peralatan dapur?

Answer: NO, its basic unit(s).
Jawapan: TIDAK, unit-unit tersebut adalah unit asas.

18) The timeline and compensation shall be as follows

18) Jadual masa dan pampasan akan dijalankan seperti berikut:

i). Existing Owners that chooses Danau Kota as its compensated unit, shall enter into a sale and purchase agreement with the Developer within 14 days upon notification by the latter (this would be upon the Developer commences work at the Danau Kota site)

ii). At the same time as Item(i), Existing Owners that chooses Section 2 Wangsa Maju as its compensated unit, shall within 14 days upon notification by the Developer enter into a tenancy agreement with the latter for the temporary relocation to Danau Kota pending the demolishment of the existing structure and construction of the new condo on Section 2 Wangsa Maju. At this juncture, the Existing Owners that chose Section 2 Wangsa Maju as its compensated unit shall enter into a sale and purchase agreement with the Developer for their compensated unit in Section 2 Wangsa Maju. 2 months upon notification by the Developer, the Existing Owner shall vacate the temporary accommodation provided by the Developer at Danau Kota. Failing which, the Developer shall charge and the Existing Owner shall pay monthly rental of RM2000 for overstaying.

iii). At the same time as Item(ii), the Existing Owners who chose their compensated unit in Section 2 Wangsa Maju and who are investors, then they shall within 14 days from the date of notification by the Developer enter into a tenancy agreement with the latter for the rental to be paid by the Developer based on the followings for the whole duration of construction of their new condo on Section 2 Wangsa Maju, at the same time the Existing Owners shall within 14 days upon notification by the Developer enter into sale and purchase agreement for their compensated unit in Section 2 Wangsa Maju:

a). 2 rooms unit on the Land shall be compensated RM1000 per month
b). 3 rooms unit on the Land shall be compensated RM1200 per month

i). Pemilik sedia ada yang memilih Danau Kota sebagai unit pampasan akan menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju dalam masa 14 hari selepas menerima pemberitahuan/notifikasi dari Pemaju (ini adalah semasa Pemaju memulakan kerja-kerja pembinaan di Danau Kota)

ii). Pada masa yang sama seperti Item(i), Pemilik sedia ada yang memilih Seksyen 2 Wangsa Maju sebagai unit pampasan akan menandatangani perjanjian penyewaan dengan pemaju dalam masa 14 hari selepas menerima pemberitahuan/notifikasi dari Pemaju untuk tempat penginapan sementara di Danau Kota sementara menunggu perobohan struktur yang sedia ada dan pembinaan semula pangsapuri di Seksyen 2 Wangsa Maju. Pada ketika ini, pemilik sedia ada yang memilih Seksyen 2 Wangsa Maju sebagai unit pampasan akan menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju untuk unit pampasan mereka di Seksyen 2 Wangsa Maju.

iii). Pada masa yang sama seperti Item(ii), Pemilik sedia ada yang memilih Seksyen 2 Wangsa Maju sebagai unit pampasan dan merupakan pelabur, mereka akan menandatangani perjanjian penyewaan dengan pemaju dalam masa 14 hari selepas menerima pemberitahuan/notifikasi dari Pemaju untuk pembayaran sewa oleh pemaju berdasarkan yang berikut untuk tempoh keseluruhan pembinaan pangsapuri baru di Seksyen 2 Wangsa Maju. Pemilik sedia ada juga akan pada masa yang sama menandatangani perjanjian jual beli dengan pemaju untuk unit pampasan mereka di Seksyen 2 Wangsa Maju:

a). Untuk unit 2 bilik di atas Tanah akan diberi pampasan RM1000 sebulan.
b). Untuk unit 3 bilik di atas Tanah akan diberi pampasan RM1200 sebulan.

19) The Tenant of the Existing Owners or the Existing Owners in Section 2 Wangsa Maju may purchase our “Mampu Milik” units in Semarak@ RM300,000.00 per unit provided they are qualified. This project is scheduled to launch second half of 2015

19) Penyewa yang menyewa dari Pemilik sedia ada di Seksyen 2 Wangsa Maju boleh membeli rumah “Mampu Milik” di Semarak jikalau mereka memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Projek ini akan dilancarkan pada dari pertengahan sehingga akhir tahun 2015.

20) What kind of development will be carried out in Section 2 Wangsa Maju (residential, commercial or mixed development)?

20) Pembangunan jenis apa akan dijalankan di Seksyen 2 Wangsa Maju (kediaman, perdagangan/komersial ataupun pembangunan bercampur)?

Answer: Residential development will be carried out in Section 2 Wangsa Maju.
Jawapan: Pembangunan kediaman akan dijalankan di Seksyen 2 Wangsa Maju.